Jumaat, 14 Februari 2014

Kasih sayang

 
 
Dalam sekelip mata, ada insan-insan kesayangan yang meninggalkan kita sekelip mata dan kembali bertemu Pencipta. Samada ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan, jiran tetangga mahu pun kenalan di alam maya.
 
Mungkin, sepuluh minit yang lalu, kita baru sahaja berbual mesra, belajar bersama, serong sekolah, bergaduh mulut dan sebagainya, namun selepas sepuluh minit, tup tup di hadapan mata kita sendiri atau melalui perkhabaran orang di sekeliling, mereka ini dijemput ajal atas sebab tertentu, tanpa kita sempat memohon ampun maaf dan menyatakan rasa kasih dan sayang kepada mereka. Ketika itulah terbit rasa kesal dan terkilan di dada. Namun, semuanya sudah terlambat..
 
Hargailah dan doakan insan kesayangan kita sepanjang masa, setiap detik sementasa mereka masih bernafas di depan mata. Sama-sama kita memohon maaf pada kesempatan yang ada. Tak perlu menunggu sambutan yang dicipta oleh orang Barat seperti Hari Ibu, Hari Bapa atau pun Hari Kekasih. Islam menggalakkan umatnya bermahabbah dan berukhwah pada setiap masa menurut adab-adab yang telah digariskan oleh syara'.
 

 
Jauhilah pergaulan bebas berlainan jantina kerana perbuatan ZINA ini adalah sesuatu yang buruk lagi keji. Firman Allah SWT dalam surah al-Israa' ayat 32 bermaksud:
 
 
 
Mari doakan mereka yang terdahulu meninggalkan kita. Semoga roh-roh mereka tenang di sisi Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambanya yang soleh solehah, Insya Allah..
 
Al-fatihah.....
 
Kita hidup demi redha Allah, bukan kerana penghargaan dari manusia.

Rabu, 1 Januari 2014

Buat anak-anak didikku di SMK Taman Selayang

Esok, bermulalah hari pertama persekolahan untuk sesi 2014..
2 Januari 2014.


Tanamkan azam,
untuk memperbaiki diri,
yang baik dicontohi dan dikekalkan,
yang selainnya ditinggalkan dan diketepikan..


Dengan ilmu,
manusia menjadi mulia.
Tanpa ilmu, 
manusia menjadi hina dan porak peranda

Imam As-Syafie Rahimahullah pernah berkata,
"Ketahuilah bahawa ILMU itu cahaya.
Cahaya tidak akan masuk ke dalam hati orang-orang yang melakukan MAKSIAT"

Kadang-kadang kita mungkin berasa pelik,
Belajar sudah, sehingga 5-6 jam lamanya..
berdoa sudah... sampai basah2 tikar sejadahnya..
telan vitamin pun sudah... sehingga berbotol-botol bersusun atas almari di rumahnya...
namun,
pabila bertarungnya dalam dewan peperiksaan, 
apa yang dipelajari sebelum ini, 
seolah-olah hilang ditelan angin lalu...
Sedarlah bahawasanya, 
ilmu tidak melekat di benak dan minda,
dek kerana kita selalu melakukan MAKSIAT.
selalu melakukan DOSA.
Samada secara sedar atau pun tidak.

Maka,
sebelum melangkah keluar dari rumah, 
esok dan hari-hari seterusnya,
selepas solat subuh bagi yang beragama Islam,
bertaubatlah kepada Tuhan di dalam DOA kalian,
dengan seikhlas hati..
dan
kucuplah tangan kedua orang tua kalian
memohon doa restu mereka serta barokah dalam kehidupan
dan pengajian kalian..

Mudah-mudahan, ilmu yang dituntut
berkekalan lamanya hingga ke liang lahad. 

Amin.




nukilan:
cikgu Muhamad Lutfi bin Zainal Abidin,
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Taman Selayang.

9.55 malam,
1 Januari 2014,
Bandar Baru Sungai Buloh.

Isnin, 16 Disember 2013

Tips melupakan bekas kekasih.

  1. Bersabar - Cliche kan? Memang tu adalah perkara utama.. Sabar adalah separuh daripada iman.. Dengan kesabaran, kita dapat berfikir dengan lebih tenang dan tidak terburu-buru.
  2. Tarik nafas dalam-dalam - ni pun memang kena buat.. Tarik nafas dalam-dalam ni maksudnya berfikir dengan tenang dan hati terbuka.. So kita tidak akan jadi gila dan cepat marah. 
  3. Berfikir positif - fikir dengan positif.. Buang rasa negatif dan rendah diri dalam diri kamu.. Kalau kita dapat fikir dengan positif, Insya-Allah semua akan berjalan dengan lancar.. Dengan berfikir secara positif jugak, kita akan menjadi lebih tenang dan dapat menerima keadaan ditinggalkan tu dengan seadanya.. 
  4. Cuba lupa kenangan - kadang2 pabila dah putus, kita tak rindu dia pun sebenarnya.. Yang kita rindukan selalunya kenangan  dan memori bersamanya.. Jadi, untuk buatkan kita rasa lebih tenang, lupakan semua kenangan lama tu.. Buang / delet gambar bekas kekasih tu, simpan gambar2 lama di tempat yang susah nak nampak.. Elakkan pergi ke tempat2 yang selalu kamu kunjungi bersama bekas kekasih.. Tapi kalau dah ada yang baru, bawa dia pergi kat tempat yang sama sebab ia akan membuatkan kamu rasa macam tak ada apa2 kenangan kat tempat tu.. 
  5. Buang nombor telefon - untuk yang boleh bertahan, sila abaikan tips ini. Untuk yang tak berapa nak kuat, sila ikut tips ini.. At least semasa scroll contact dalam telefon bimbit kamu, tak perlu nak tengok nombor, nama atau gambar dia.. 
  6. Remove friend - Nampak macam budak2 kan? Tapi kita kena ingat, selagi kita berkawan dengan dia di laman sosial (Facebook, Instagram atau Twitter), setiap updates dia, kita akan rasa nak baca.. Setiap perkara dia lakukan kita terpaksa tengok.. Tak ke sakitkan hati namanya tu..? 
  7. 'Benci' dia - bukannya bencikan bekas kekasih kamu mcm kamu benci musuh.. Tapi fikir sesuatu pasal si dia yang boleh buat kamu rasa tak suka or menyampah.. Fikir benda yang kamu paling tak suka pasal dia.. 
  8. Jadi kuat / tabahkan hati - Jangan mudah mengalah.. Elak lakukan proses meroyan di laman sosial.. Buat2 cool.. At least orang pun tak nampak yang kamu gila, dan dia pun tak de la rasa bangga sangat macam kamu yang gedik tergila2 kan dia.. So, jangan nak meroyan tak tentu pasal.. Tunjukkan pada dia yang kamu kuat dan boleh hidup tanpa dia.. 
  9. Buang rasa cinta - Slow2 cuba buangkan rasa cinta dalam diri kamu.. Memang susah pada mulanya, tapi lama kelamaan perasaan 'cinta' itu akan hilang ditelan masa.
  10. Muhasabah diri - fikirkan balik apa kekurangan diri kita.. Jangan asyik pandang kesalahan dia je.. Tengok jugak, dia tinggalkan kita mesti bersebab.. (Lainlah kalau kau couple dengan pelacur..)
  11. Berdoa dan berserah kepada Tuhan - Semuanya ditentukan oleh-Nya.. Kalau putus ertinya tiada jodoh dan telah ditakdirkan.. 
Walau bagaimanapun harus diingat, matlamat kamu sebagai remaja yang masih bersekolah, apa matlamat dan keutamaan yang paling penting untuk kamu kejar ketika ini? Cinta atau cita-cita? Sebaiknya perasaan cinta itu disalurkan kepada ilmu,  keluarga dan sahabat-handai yang lebih menghargai kewujudan kamu. Bahagia dahulu ibu dan ayah kamu sebelum kamu membahagiakan orang yang kamu sayangi itu, kerana sesungguhnya...

Redha Allah itu terletak pada
redha kedua IBU BAPA kamu,
bukannya pada KEKASIHmu...

Buat akhirnya, tepuk dada, tanya iman kamu.. tanya pada diri kamu sendiri.

#selamatMencuba.

Jumaat, 29 November 2013

Majlis Hi-Tea Party PRS SEMENTAS 2013

Petang semalam telah diadakan jamuan akhir tahun Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK Taman Selayang bertempat di Kantin Tambahan sekolah kita.

menunya western-italian tauu... sedap... Alhamdulillah syukur..

AJK Kelab Pembimbing Rakan tingkatan 4 telah diberi penghargaan mengendalikan Hi-Tea ini dengan dibantu oleh pelajar-pelajar dari Kolej CQ-Tech Breyer cawangan Sri Gombak yang melayan para tetamu yang hadir.


Majlis dimulakan dengan ucapan oleh puan pengetua SMK Taman Selayang yang kita kasihi, Puan Norizah binti Nordin. Tetamu-tetamu lain yang juga hadir selain guru-guru kaunseling, cikgu Lutfi, cikgu Noraini dan cikgu Azrinda, ialah Ustaz Umar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Encik Hashim bin Saryani (Penolong Kanan Petang) dan juga Puan Zaleha, staf sokongan pejabat sekolah.

Putera-putera PRS tingkatan 5 yang hadir...

Puteri-puteri PRS tingkatan 5 yang turut hadir...


Pelapis-pelapis di sesi petang, PRS tingkatan 2 juga sudi hadir memeriahkan suasana Hi-Tea 2013.
Syabas diucapkan..


Suasana di sekitar majlis....



Haaaaaa... ade kezutttan rupenye untuk mereka yang lahir pada bulan November..
Hihihihihiii...
Semoga sentiasa di dalam rahmat yang Maha Esa, amin.

Berposing dulu sebelum pulang...

Terapkanlah falsafah PRS ini dalam diri kalian selagi hayat dikandung badan,
Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain.

Terima kasih kepada semua.

Jumaat, 13 September 2013

Buat anak-anakku.

Semoga anak-anakku tahu menghargai dan mengerti ibu bapa mereka. Seburuk apapun ibu, dialah satu-satunya tiada ganti. Seteruk apapun ayah, dia cuma seorang, bukan dua dan bukan tiga.



Sekarang di usia remajamu mungkin kau lihat mereka seperti memusuhi dan menjadi penghalang keseronokan kamu. Sampai satu waktu kamu akan mengerti dan menunggu-nunggu untuk dihalang dan ditegah mereka. Kerana di situ tanda betapa kamu itu dikasihi sepenuh hati mereka.

Jangan pernah pandang enteng segala kata-kata dan doa mereka. Memang Allah itu ada dengan kita, tapi doa dari dua insan kau panggil papa, mama, abah, umi, mak, ayah, ibu, bapa itu terhidang berkat yang teramat hingga segala perit buntu sukar dan sengsara Allah ganti dengan sejuta keajaiban yang kalau tanpa doa mereka, siapa kau di dunia Tuhan. 



Anak-anak murid yang aku kasihi, hilangkanlah jelingan bencimu itu dengan renungan kasih, buangkanlah rasa jelek, gantikan dengan rasa sayang. Kerana cinta yang kau cari itu ada pada mereka. Jangan pernah menafi pabila tiba saat dan waktu kau akan terpaksa merendah egomu serendah tapak kaki mereka. 

Aku hari ini, benar-benar atas ehsannya doa umi dan abahku, benar-benar atas penerimaan tanpa syarat mereka. Benar-benar kerana mereka menerima aku dengan segala kekurangan dan keburukan aku. Aku mengerti rasa yang kau alami. Kerana itu permainan gejolak rasa jiwa remajamu yang meronta-ronta mahu arah dan tuju. Izinkan mereka membantu dan mendekatimu... Izinkan mereka...

Kiriman al-Fatihah kepada Junjungan Rasul serta mereka yang telah pergi meninggalkan kita.





Rabu, 22 Mei 2013

Selamat Hari Guru 2013.

Dimarah-marah sudah, ditegur dan dinasihat dengan baik pun sudah..

Tapi masih sama keadaannya, masih malas, masih leka dalam angan-angan kosong, masih lagi baju dikeluarkan, masih lewat hadir ke sekolah, masih tak masuk ke kelas, masih merokok di tandas, masih tak buat latihan, masih tak siapkan folio, masih bergaduh, masih pau duit rakan, masih serong sekolah, masih membawa telefon ke sekolah, masih melawan guru, masih perasan diri tu hebat dalam serba-serbi.

Tak mengapalah, kamu yang 'menanam, kamu yang akan menuai hasilnya'.
Jadi, buat akhirnya, pilihan di tangan kamu. Kami telah pun buat yang terbaik untuk anak-anak didik sekalian. Kami tak sedikit pun rugi. Gaji kami masih sama, tak naik kalau kamu berjaya, tak berkurang pun kalau kamu gagal.

Cuma, naluri kemanusiaan kami para guru yang sayangkan kamu yang membuatkan kami tak jemu2 selagi usia dikandung jasad. Kami yakin, usaha kami akan berjaya akhirnya. Kami yakin, apa yang kami 'tanam, kami akan tuai hasilnya' kelak. Biarlah seribu tahun lagi, kami akan setia dan sabar menunggu 'hasil' itu.
Malahan, dalam hati ini, tidak pernah terbit sekali pun perasaan benci. Marah kami ada paksinya, marah ibarat seorang umi kepada anaknya, marah seorang bapa kepada zuriatnya, teguran seorang abang dan kakak kepada adik kesayangannya.

Kamu? Tepuk dada, tanya akal fikiran yang waras.

 

Selamat Hari Guru wahai pejuang. Berjuanglah selagi daya. Mudah-mudahan perjuangan ini bisa membantumu di Alam sana, In Sya Allah.
Semoga Allah merahmati usaha dan baktimu...



Isnin, 7 Januari 2013

bertemu kembali daa..... =D

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua warga SEMENTAS dan para pembaca yang dirindui semua.... (Rindulah sangat kan??? *Tangan di dada.....)

Lamanya penulis tak menjengah ke laman sesawang ni... Betul-betul dah diselaputi sawang labah-labah.. Spiderman kalau dia singgah sini pun dia nangis.. Surrender angkat bendera putih.. Huhuhu....

Pejam celik pejam celik, dah masuk hari ke-7 dalam tahun 2013 ni.. Masih tak terlambat utk penulis mengucapkan selamat kembali ke alam persekolahan utk anak-anak murid SMK Taman Selayang di dikasihi sekalian..  Kita buku baru yerr... Dah nama pun tahun baru kan.. Tanamkan azam, pasang niat menuntut ilmu, in sya Allah, Allah akan permudahkan dan bantu kita semua...



Tak dilupakan juga buat anak-anak bekas murid yang kini berada di alam menara gading di seluruh negara,


Lots of lurve.

xoxo ^_^v

Ahad, 16 September 2012

Happy 49th birthday!!


"Janji ditepati, Rakyat Sejahtera"

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara - John F. Kennedy, Bekas Presiden Amerika Syarikat.

Rabu, 12 September 2012

Program Pra-Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi Januari 2013


Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Selayang dengan kadar segera.

Permohonan MTD Tingkatan 4 sesi 2013




Bagi yang berminat memasuki Maktab Tentera Diraja MTD untuk tingkatan 4 sesi 2013, Permohonan telah dibuka kemasukan MTD putera baru Maktab Tentera Diraja. Pelajar lepasan PMR 2012 yang mantap dari segi akademik, sukan, sosial, jati diri dan kepimpinan diperlawa untuk memohon.

Permohonan kemasukan tingkatan 4 ke Maktab Tentera diraja MTD dibuka bermula 1 September 2012 dan akan ditutup pada 30 September 2012. Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki Warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2012. Syarat memohon adalah dengan mendapat 4 A (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains) dalam peperiksaan percubaan PMR 2012.

Kelebihan belajar di Maktab Tentera Diraja (MTD)

MTD adalah sekolah berasrama penuh ( SBP ) dibawah pentadbiran Kementerian Pertahanan dan dianggap sebagai Sekolah Primier, Banyak kelebihan menyertai MTD antaranya :
  • Penginapan Percuma
  • Sajian 6 kali sehari percuma
  • Buku teks, buku tulis, buku kerja dan buku rujukan dibekalkan percuma
  • Pakaian seragam untuk kelas akademik, latihan ketenteraan, sukan, pakaian kebangsaan dan beberapa keperluan asas harian diberikan percuma.
  • Rawatan kesihatan percuma
  • Waran perjalanan pergi/balik ke kampung sekali setahun
  • Elaun bulanan sebanyak RM 100


Cara memohon ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2013

Permohonan sedang dibuka iaitu bermula 1 September 2012 dan akan ditutup pada 30 September 2012.


Permohonan yang lengkap boleh terus dihantar di alamat yang disertakan  dibawah, sekiranya permohonan melalui POS, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25smx36sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat berikut :

Sel Pemilihan,

Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan,
Maktab Tentera DIraja,
Kem Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.

Borang permohonan BAT B 115 ( pin 3/03 ) yang telah lengkap diisi perlulah sampai ke alamat selewat-lewatnya pada 28 September 2012. Permohonan dan borang lewat tidak akan dilayan.

Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD ( UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.

Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2013, permohonan dianggap tidak berjaya. Untuk pertanyaan sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.

Bagi yang berminat dan bersedia untuk menempuhi alam pendidikan yang lebih variasi, bolehlah cuba untuk memohon belajar di Maktab Tentera Diraja MTD.

Pelajar yg berkelayakan dan berminat boleh mendapatkan borang dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Selayang selewat-lewatnya 28 September 2012.


Sumber :Permohonan MTD Tingkatan 4 sesi 2013

Jumaat, 31 Ogos 2012

Selamat Hari Kebangsaan 2012


Guru2 bagi kerja latihan utk bagi kamu2 tu pandai. Kenapalah mentaliti anak melayu ni menyedihkan?? Asek nak mengeluh. Kalau mentaliti macam ni la yg ada pada pejuang2 kemerdekaan dulu, alamat sampai sekarang agaknye kita masih dijajah.

Kalau di sekolah jenis kebangsaan cina, guru bagi latihan 10 soalan, mereka akan buat lebih. Tapi anak melayu, cikgu bagi latihan,hanya 3,4 je dibuatnye. Malah lebih teruk,ade pulak segelintir dari anak2 ni, pagi2 sampai kelas, menyalin dari kawan. Bila dapat markah teruk, macam2 alasan la dibaginye. Pepatah Inggeris ade sebut,
"Practise makes perfect". kalau dah selalu buat latihan, kamu dah tau bentuk soalan tu macam mane, maka dalam peperiksaan, sangat2 lah membantu.

Ni selepas keluar je keputusan PMR @ SPM,  menyebut la pada bekas2 guru, kalau lah saya begitu, kalau la saya begini, mesti result saya lebih bagus. Oh! Aduhai.. Jangan la macam ni anak2.. Nasi dah jadi hangit, dah x boleh dimakan lagi..

Kita ni merdeka dah 55 tahun. Tak guna kalau dah laung merdeka2, tengok bunga api bagai, nyanyi2 sampai serak suara, tapi pemikiran duk tang tu aje.. Pas tu, selalunya bila ade ape2 ade le antara anak2 ini, duk salahkan kawan, guru, persekitaran.. Amboi, cer muhasabah diri sikit. Maksudnya, kalau akar pokok tu teguh, datang la ribut macam mane pun, insya Allah, ape jua badai yg mendatang, pokok itu akan tegak jua. Same la kalau jati diri, (dalaman / iman) awak tu kuat, org ajak gaduh ke, ajak isap rokok ke, awak akan menolak dengan berhikmah, dengan baik.. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.. Baru la kekawan akan lebih hormat.

Semua guru inginkan yg terbaik dari pelajarnya. Awak malas belajar, rajin ke, dapat result teruk mahupun bagus, tak memberi kesan ape2 pada kami. Gaji kami masih jalan tiap2 bulan. Tapi kami tetap rasa sedih, seolah2 kami gagal mendidik kamu, baik dari akademik dan juga perangai tuu.... Marah ibu bapa, marah guru pada anak2, tanda kasih sayang kami. Kami mahu kamu generasi akan datang ni, mewarisi negara kita Malaysia dengan lebih baik, atas acuan kamu sendiri dengan bimbingan kami. Bukannye anak cucu kita nanti, berada di bawah pengaruh Bangla, Myanmar dan lain2 tu... Tapi tak tau la akan datang macam mane kan.. 'mereka' ni makin ramai mencari rezeki di sini.

Sekian saja amanat kemerdekaan dari Ubk Sementas.
Selamat Hari Kebangsaan ke-55 Tahun. Salam sayang teramat indah buat semua.
Jaga diri, Hiasi Peribadi.

Selasa, 24 Julai 2012

Selamat Berpuasa..


Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Selayang mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah di dalam bulan yang penuh barakah ini... 

Bulan Ramadan menyediakan ruang yang seluas-luasnya bagi hamba Allah untuk melaksanakan amal ibadah. Ganjaran pahala setiap amal ibadah akan dilipat gandakan. Ibadah sunat diganjari dengan pahala ibadah wajib manakala ibadah wajib digandakan dengan tujuh puluh kali pahala kebajikan.
Daripada Salman r.a. ia berkata: “Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:-
“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.” [Riwayat Imam Baihaqi]
Iblis dan syaitan pula dirantai pergerakan mereka bagi memudahkan hamba-hamba Allah melakukan amal ibadah.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”[Riwayat Bukhari & Muslim]
Begitu juga dengan anugerah Allah yang mengurniakan satu malam yang penuh rahmat iaitu malam al-Qadar (Lailatul Qadr). Amalan yang dilakukan pada malam ini adalah menyamai amalan yang dilakukan selama seribu bulan.
Firman Allah SWT, “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar” [Al-Qadr: 1-5]
Begitulah pemurahnya Allah yang Maha Esa. Tidakkah kita teruja dengan tawaran yang sangat hebat ini?

Renung-renungkan dan Selamat Beramal. ^_^

Dipetik daripada http://ismapenang.net/2011/ramadhan-datang-membawa-ganjarannya/

Selasa, 20 Mac 2012

Maklumat Kerjaya Anda.... Semuanya bermula di sini. ^_^


Sila klik pautan-pautan di bawah.

Permohonan untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) ambilan Jun 2012
http://eputra.com/permohonan-kursus-perguruan-lepas-spm-kplspm-ambilan-jun-2012/#.T2c4vv8JHP8.facebook

Permohonan ke Institut Pendidikan Mara (IPMa) sesi Julai 2012
http://eputra.com/permohonan-ke-institut-pendidikan-mara-ipma-sesi-julai-2012/

Permohonan kemasukan ke Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) / Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara.
http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-ikbn-iktbn-sesi-julai-2012/

Pinjaman Pelajaran Mara Program Perubatan & Pergigian Luar Negara 2012
http://eputra.com/pinjaman-pelajaran-mara-program-perubatan-pergigian-luar-negara-2012/

Jumaat, 9 Mac 2012

Karnival dan Pameran Kerjaya Daerah Gombak

Alkisahnye, pada hari ini hingga Ahad kali ni akan diadakan program seperti tajuk di atas yg disertai oleh hampir 15 IPTS.. kat mane tu??  cer tengok pic bawah ni.. sure anda tau kan? 


haaaaa..... tengok tempat ni jer mesti ramai tersengih anak kambing, tersenyum simpul kerana UBK yakin tempat ni mempunyai banyak nostalgia tersendiri. keh..keh..keh..~ Kat mane lagi kalau bukan di Selayang Mall le.. jangan cakap tak tau sebab kat negara kita ni, kajian yg dibuat mendapati dipercayai bahawa hanya ada SATU je kompleks yg bernama sedemikian ok... huhuuu..

Program ni bermula jam 10 pagi hingga 5 petang pada 9 hingga 11 Mac 2012.. eh, 9 Mac tu kan ke hari ni??? ye latu.. Mintak maaf kawan2.... Terlupe nak war-warkan dalam blog ni..

ape pun, jemput hadir beramai-ramai dengan membawa keluarga, sanak saudara, sahabat handai, teman2 seperjuanga, marka2, balak2 semua.. Ops! jangan wathal ye anak2.. 

Isnin, 5 Mac 2012

dup dap... dup daappp dupp daapp!

Hai.... Anak2 tingkatan 5 tahun lepas dah ready ke nak ambil result minggu depan ni? Cuak tak? Mesti tengah berdebar2 kan... 22hb Mac keputusan SPM 2011 akan diumumkan.. Anak2 sila datang sekolah awal sebab pagi tu UBK Sementas ade anjurkan Hari Informasi Kerjaya bertempat di Kantin Tambahan sekolah kita.. so sementara tunggu nak ambil result jam 10.30 tu boleh lah ke booth2 IPT yg mengadakan pameran.. ade lebih kurang 7,8 IPT yg akan membuka booth nanti.

Bekas2 pelajar yg dah abes sekolah yg rase2 berminat nak sambung belajar dipersilakan datang ke pameran IPT yg diadakan tu.. bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.. Di bilik tayang sekolah pun akan diadakan talk tentang kerjaya dalam bidang ICT.. rugi kalau tak datang...


Kepada yg dapat keputusan yg baik, taniah dari UBK sementas..


 Yang tidak menepati sasaran, jangan putus asa dan cuba lagi di masa akan datang ye.. 


Selasa, 21 Februari 2012

Jangan lupe memohon ke IPTA /ILKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera utk anak2 SEMENTAS.

Terutama kepada anak2 yg baru mengambil peperiksaan SPM tahun 2011, dah memohon ke utk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Latihan Kemahiran Awam?? 

Jangan bertangguh2 nanti kelam- kabut kalau buat di saat2 akhir.

Sila klik di pautan di bawah untuk maklumat lanjut.


upu.mohe.gov.my/

Rabu, 4 Januari 2012

Selamat Kembali ke Sekolah..


Kaunseling SEMENTAS mengucapkan selamat kembali ke sesi persekolahan 2012 kepada semua warga SMK Taman Selayang.....

Tanamkan azam meneruskan kecemerlangan akademik dan sahsiah supaya kita semua disayangi makhluk di langit dan di bumi...

Jadikan kesilapan lalu sebagai guru terbaik ke arah perubahan hidup yang lebih bermakna dan positif yerr...

Tahun 2012 juga menyaksikan warga SMK Taman Selayang akan kehilangan seorang guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini, iaitu

Puan Halimah bt Desa

Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Dato' Mutaffa, Sekinchan bermula awal tahun 2012..

SELAMAT MAJU JAYA!

Ahad, 25 Disember 2011

halo3... Ape kabar semua?

UBK Sementas nak ucapkan


semua pelajar-pelajar SMK Taman Selayang dan pembaca blog ni yg meraikannya.
Kepada pelajar-pelajar lain, selamat menyambung cuti kalian. 
Bersedia tak lama lagi nak buka sekolah yer? :-D

Sabtu, 26 November 2011

Salam Awal Muharram 1433 Hijriah


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

Sejak kecil lagi kebanyakan pembaca budiman sudah tentu biasa mendengar lagu ini dikumandangkan di corong2 radio dan di kaca2 televisyen menjelangnya sambutan tahun baru Islam setiap tahun.. Rasa bersemangat je kan.. Harap2nya semangat tu jangan jadi hangat2 najis ayam serama je tp dibawa sekali dalam kehidupan kita seharian sebagai umat Islam.


Sesungguhnya kita yg dilahirkan sebagai umat Islam amat beruntung kerana menjadi pengikutmu Ya Rasulullah dan pengikut agamamu...