Memaparkan catatan dengan label kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kematian. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Februari 2014

Kasih sayang

 
 
Dalam sekelip mata, ada insan-insan kesayangan yang meninggalkan kita sekelip mata dan kembali bertemu Pencipta. Samada ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, sahabat handai, rakan taulan, jiran tetangga mahu pun kenalan di alam maya.
 
Mungkin, sepuluh minit yang lalu, kita baru sahaja berbual mesra, belajar bersama, serong sekolah, bergaduh mulut dan sebagainya, namun selepas sepuluh minit, tup tup di hadapan mata kita sendiri atau melalui perkhabaran orang di sekeliling, mereka ini dijemput ajal atas sebab tertentu, tanpa kita sempat memohon ampun maaf dan menyatakan rasa kasih dan sayang kepada mereka. Ketika itulah terbit rasa kesal dan terkilan di dada. Namun, semuanya sudah terlambat..
 
Hargailah dan doakan insan kesayangan kita sepanjang masa, setiap detik sementasa mereka masih bernafas di depan mata. Sama-sama kita memohon maaf pada kesempatan yang ada. Tak perlu menunggu sambutan yang dicipta oleh orang Barat seperti Hari Ibu, Hari Bapa atau pun Hari Kekasih. Islam menggalakkan umatnya bermahabbah dan berukhwah pada setiap masa menurut adab-adab yang telah digariskan oleh syara'.
 

 
Jauhilah pergaulan bebas berlainan jantina kerana perbuatan ZINA ini adalah sesuatu yang buruk lagi keji. Firman Allah SWT dalam surah al-Israa' ayat 32 bermaksud:
 
 
 
Mari doakan mereka yang terdahulu meninggalkan kita. Semoga roh-roh mereka tenang di sisi Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambanya yang soleh solehah, Insya Allah..
 
Al-fatihah.....
 
Kita hidup demi redha Allah, bukan kerana penghargaan dari manusia.

Selasa, 6 September 2011

Penggal baru..


Setelah bercuti selama lebih seminggu, penggal persekolahan kini bermula kembali. Masih di dalam bulan Syawal yang mulia, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua warga sekolah dan pembaca yang mulia.

Namun begitu, abang dan kakak tingkatan 5 pasti ramai yang mengeluh kerana bermula hari ini sehingga 28hb September ini, mereka akan menduduki peperiksaan percubaan SPM.. Aduh... mulut mengunyah ketupat, lemang serta batang buruk tapi hati bergelodak sebab hadirnya peperiksaan ini. hehe.. Adatlah tu ye, senario ini berlaku di mana-mana sahaja. Malahan jika di luar negara, ada juga mahasiswa yang berjuang dalam peperiksaan semester di pagi Syawal. Apakan daya, perjuangan mengejar segulung ijazah perlu diutamakan, lagipun raya datang setiap tahun kan..

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan kepada pelajar tingkatan 5 SMK Taman Selayang serta di sekolah-sekolah lain. Walaupun hanya percubaan, peperiksaan inilah yang menjadi titik tolak kepada yang sebenar nanti. Segala kelemahan dan kekurangan hasil dari percubaan, dapatlah ditampung dan diupgred kata orang zaman siber ni semasa SPM nanti. 



Pada pagi ini, warga Sementas dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pelajar tingkatan 3 Maju, Kiran Bibi binti Mohd Ali yang telah meninggal dunia kerana dikatakan menghidap penyakit talasemia sehingga memberi kesan kepada kegagalan fungsi jantung. 

Apa itu Talasemia? Talasemia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang melibatkan sel-sel darah merah dan dibawa secara genetik atau bersifat keturunan/diwarisi. Khususnya, penyakit talasemia ini membabitkan hemoglobin yakni komponen sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen. Penyakit ini melibatkan bahagian globin (sama ada protein alfa atau beta) dari molekul hemoglobin tersebut. Jikalau badan kita tidak dapat menghasilkan dengan secukupnya salah satu daripada protein alfa atau beta, sel-sel darah merah kita tidak dapat berfungsi dengan betul lalu mengakibatkannya tidak berkemampuan untuk membawa oksigen yang secukupnya.

Pelajar 5 Satria, Lukman juga telah kehilangan ayahanda tercinta pada semalam (5hb September 2011) kerana lelah dan sakit tua. Marilah kita sama-sama mensedekahkan surah al-Fatiah kepada mereka berdua dan seluruh umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah.



(gambar hiasan)

Benarlah bahawa janji Allah tentang kematian itu pasti seperti termaktub di dalam kitab sucinya, surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud, Setiap yang hidup pasti merasai mati.
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga kedua-dua Allahyarham dan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh dan solehah. Amin.