Jumaat, 13 September 2013

Buat anak-anakku.

Semoga anak-anakku tahu menghargai dan mengerti ibu bapa mereka. Seburuk apapun ibu, dialah satu-satunya tiada ganti. Seteruk apapun ayah, dia cuma seorang, bukan dua dan bukan tiga.



Sekarang di usia remajamu mungkin kau lihat mereka seperti memusuhi dan menjadi penghalang keseronokan kamu. Sampai satu waktu kamu akan mengerti dan menunggu-nunggu untuk dihalang dan ditegah mereka. Kerana di situ tanda betapa kamu itu dikasihi sepenuh hati mereka.

Jangan pernah pandang enteng segala kata-kata dan doa mereka. Memang Allah itu ada dengan kita, tapi doa dari dua insan kau panggil papa, mama, abah, umi, mak, ayah, ibu, bapa itu terhidang berkat yang teramat hingga segala perit buntu sukar dan sengsara Allah ganti dengan sejuta keajaiban yang kalau tanpa doa mereka, siapa kau di dunia Tuhan. 



Anak-anak murid yang aku kasihi, hilangkanlah jelingan bencimu itu dengan renungan kasih, buangkanlah rasa jelek, gantikan dengan rasa sayang. Kerana cinta yang kau cari itu ada pada mereka. Jangan pernah menafi pabila tiba saat dan waktu kau akan terpaksa merendah egomu serendah tapak kaki mereka. 

Aku hari ini, benar-benar atas ehsannya doa umi dan abahku, benar-benar atas penerimaan tanpa syarat mereka. Benar-benar kerana mereka menerima aku dengan segala kekurangan dan keburukan aku. Aku mengerti rasa yang kau alami. Kerana itu permainan gejolak rasa jiwa remajamu yang meronta-ronta mahu arah dan tuju. Izinkan mereka membantu dan mendekatimu... Izinkan mereka...

Kiriman al-Fatihah kepada Junjungan Rasul serta mereka yang telah pergi meninggalkan kita.