Rabu, 1 Januari 2014

Buat anak-anak didikku di SMK Taman Selayang

Esok, bermulalah hari pertama persekolahan untuk sesi 2014..
2 Januari 2014.


Tanamkan azam,
untuk memperbaiki diri,
yang baik dicontohi dan dikekalkan,
yang selainnya ditinggalkan dan diketepikan..


Dengan ilmu,
manusia menjadi mulia.
Tanpa ilmu, 
manusia menjadi hina dan porak peranda

Imam As-Syafie Rahimahullah pernah berkata,
"Ketahuilah bahawa ILMU itu cahaya.
Cahaya tidak akan masuk ke dalam hati orang-orang yang melakukan MAKSIAT"

Kadang-kadang kita mungkin berasa pelik,
Belajar sudah, sehingga 5-6 jam lamanya..
berdoa sudah... sampai basah2 tikar sejadahnya..
telan vitamin pun sudah... sehingga berbotol-botol bersusun atas almari di rumahnya...
namun,
pabila bertarungnya dalam dewan peperiksaan, 
apa yang dipelajari sebelum ini, 
seolah-olah hilang ditelan angin lalu...
Sedarlah bahawasanya, 
ilmu tidak melekat di benak dan minda,
dek kerana kita selalu melakukan MAKSIAT.
selalu melakukan DOSA.
Samada secara sedar atau pun tidak.

Maka,
sebelum melangkah keluar dari rumah, 
esok dan hari-hari seterusnya,
selepas solat subuh bagi yang beragama Islam,
bertaubatlah kepada Tuhan di dalam DOA kalian,
dengan seikhlas hati..
dan
kucuplah tangan kedua orang tua kalian
memohon doa restu mereka serta barokah dalam kehidupan
dan pengajian kalian..

Mudah-mudahan, ilmu yang dituntut
berkekalan lamanya hingga ke liang lahad. 

Amin.




nukilan:
cikgu Muhamad Lutfi bin Zainal Abidin,
Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SMK Taman Selayang.

9.55 malam,
1 Januari 2014,
Bandar Baru Sungai Buloh.