1 sekolah 1 blog Ke arah transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Jumaat, 31 Ogos 2012
Selamat Hari Kebangsaan 2012
Guru2 bagi kerja latihan utk bagi kamu2 tu pandai. Kenapalah mentaliti anak melayu ni menyedihkan?? Asek nak mengeluh. Kalau mentaliti macam ni la yg ada pada pejuang2 kemerdekaan dulu, alamat sampai sekarang agaknye kita masih dijajah.
Kalau di sekolah jenis kebangsaan cina, guru bagi latihan 10 soalan, mereka akan buat lebih. Tapi anak melayu, cikgu bagi latihan,hanya 3,4 je dibuatnye. Malah lebih teruk,ade pulak segelintir dari anak2 ni, pagi2 sampai kelas, menyalin dari kawan. Bila dapat markah teruk, macam2 alasan la dibaginye. Pepatah Inggeris ade sebut,
"Practise makes perfect". kalau dah selalu buat latihan, kamu dah tau bentuk soalan tu macam mane, maka dalam peperiksaan, sangat2 lah membantu.
Ni selepas keluar je keputusan PMR @ SPM, menyebut la pada bekas2 guru, kalau lah saya begitu, kalau la saya begini, mesti result saya lebih bagus. Oh! Aduhai.. Jangan la macam ni anak2.. Nasi dah jadi hangit, dah x boleh dimakan lagi..
Kita ni merdeka dah 55 tahun. Tak guna kalau dah laung merdeka2, tengok bunga api bagai, nyanyi2 sampai serak suara, tapi pemikiran duk tang tu aje.. Pas tu, selalunya bila ade ape2 ade le antara anak2 ini, duk salahkan kawan, guru, persekitaran.. Amboi, cer muhasabah diri sikit. Maksudnya, kalau akar pokok tu teguh, datang la ribut macam mane pun, insya Allah, ape jua badai yg mendatang, pokok itu akan tegak jua. Same la kalau jati diri, (dalaman / iman) awak tu kuat, org ajak gaduh ke, ajak isap rokok ke, awak akan menolak dengan berhikmah, dengan baik.. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.. Baru la kekawan akan lebih hormat.
Semua guru inginkan yg terbaik dari pelajarnya. Awak malas belajar, rajin ke, dapat result teruk mahupun bagus, tak memberi kesan ape2 pada kami. Gaji kami masih jalan tiap2 bulan. Tapi kami tetap rasa sedih, seolah2 kami gagal mendidik kamu, baik dari akademik dan juga perangai tuu.... Marah ibu bapa, marah guru pada anak2, tanda kasih sayang kami. Kami mahu kamu generasi akan datang ni, mewarisi negara kita Malaysia dengan lebih baik, atas acuan kamu sendiri dengan bimbingan kami. Bukannye anak cucu kita nanti, berada di bawah pengaruh Bangla, Myanmar dan lain2 tu... Tapi tak tau la akan datang macam mane kan.. 'mereka' ni makin ramai mencari rezeki di sini.
Sekian saja amanat kemerdekaan dari Ubk Sementas.
Selamat Hari Kebangsaan ke-55 Tahun. Salam sayang teramat indah buat semua.
Jaga diri, Hiasi Peribadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan