Setelah bercuti selama lebih seminggu, penggal persekolahan kini bermula kembali. Masih di dalam bulan Syawal yang mulia, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua warga sekolah dan pembaca yang mulia.
Namun begitu, abang dan kakak tingkatan 5 pasti ramai yang mengeluh kerana bermula hari ini sehingga 28hb September ini, mereka akan menduduki peperiksaan percubaan SPM.. Aduh... mulut mengunyah ketupat, lemang serta batang buruk tapi hati bergelodak sebab hadirnya peperiksaan ini. hehe.. Adatlah tu ye, senario ini berlaku di mana-mana sahaja. Malahan jika di luar negara, ada juga mahasiswa yang berjuang dalam peperiksaan semester di pagi Syawal. Apakan daya, perjuangan mengejar segulung ijazah perlu diutamakan, lagipun raya datang setiap tahun kan..
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan kepada pelajar tingkatan 5 SMK Taman Selayang serta di sekolah-sekolah lain. Walaupun hanya percubaan, peperiksaan inilah yang menjadi titik tolak kepada yang sebenar nanti. Segala kelemahan dan kekurangan hasil dari percubaan, dapatlah ditampung dan diupgred kata orang zaman siber ni semasa SPM nanti.
Pada pagi ini, warga Sementas dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pelajar tingkatan 3 Maju, Kiran Bibi binti Mohd Ali yang telah meninggal dunia kerana dikatakan menghidap penyakit talasemia sehingga memberi kesan kepada kegagalan fungsi jantung.
Apa itu Talasemia? Talasemia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang melibatkan sel-sel darah merah dan dibawa secara genetik atau bersifat keturunan/diwarisi. Khususnya, penyakit talasemia ini membabitkan hemoglobin yakni komponen sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen. Penyakit ini melibatkan bahagian globin (sama ada protein alfa atau beta) dari molekul hemoglobin tersebut. Jikalau badan kita tidak dapat menghasilkan dengan secukupnya salah satu daripada protein alfa atau beta, sel-sel darah merah kita tidak dapat berfungsi dengan betul lalu mengakibatkannya tidak berkemampuan untuk membawa oksigen yang secukupnya.
Pelajar 5 Satria, Lukman juga telah kehilangan ayahanda tercinta pada semalam (5hb September 2011) kerana lelah dan sakit tua. Marilah kita sama-sama mensedekahkan surah al-Fatiah kepada mereka berdua dan seluruh umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah.
(gambar hiasan)
Benarlah bahawa janji Allah tentang kematian itu pasti seperti termaktub di dalam kitab sucinya, surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud, Setiap yang hidup pasti merasai mati.
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga kedua-dua Allahyarham dan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh dan solehah. Amin.
3 ulasan:
al-fatihah....
semoga arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin...
*like*
Catat Ulasan