Rabu, 21 September 2011

Titipan luahan minda kaunselor..

Esok hari penentuan, hari kejadian setelah berusaha membuat persiapan, mengatur langkah menyusun strategi masing-masing sebelum ke Karnival Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Daerah Gombak pada 22hb September 2011 yang akan berlangsung di SM Vokasional Sungai Buloh. Kepada rakan2 Guru Bimbingan dan Kaunseling @ Kaunselor 33 buah sekolah menengah lain di dalam daerah Gombak, semoga dengan terlaksananya program rintis ini, perkhidmatan kita dapat dinaik taraf, dijenamakan, direengeering serta mencapai matlamatnya. Kalah menang adat bertanding. Yang menang nanti, diucapkan tahniah, manakala yang tewas, kita sama-sama menilai segala kelemahan untuk diperbaiki pada masa akan datang..


Penggunaan ICT dan dunia maya tanpa sempadan kini telah menjangkau ruang lingkup yang tidak tercapai dek akal, mungkin itu yang akan terpacul di benak pencipta teknologi canggih ini jika beliau masih hidup. Segalanya mampu diakses dengan hanya menekan satu kekunci, maka sudah muncul di skrin komputer mahu pun laptop. Namun sebagai manusia bertamadun dan beragama, kita harus tahu menilai apa yang baik dan buruk dari maklumat yang dicari. Jangan mengikut nafsu muda, kelak buruk padahnya di hari tua. Sebaiknya kita menggunakan dunia maya ini bagi menjana potensi diri semaksima mungkin demi kebaikan diri, agama, bangsa dan negara kita yang tercinta, Malaysia.

Walau apa pun, gunakanlah medan blog dan facebook Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMENTAS yang telah dibina ini dengan niat yang suci murni, insya Allah jalan kita sebagai hamba-Nya akan dipermudahkan.

Ahad, 18 September 2011

Khas Buat Teman-temanku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Semalam yang berlalu, sengaja diciptakan Tuhan buat kita, dengan tujuan agar kita kuat dan tabah. Tanpa semalam kita tidak akan berfikir apa yang kita fikirkan sekarang. Tanpa gerak takdir semalam, kita tidak bertindak apa yang telah kita lakukan sekarang.

Semalam yang berlalu itu ialah guru buat kita, untuk kita mengejar hari esok. Walaupun esok tidak menjanjikan apa-apa, tetapi kita boleh berlari untuk hari esok dengan pengalaman semalam. Kejarlah hari esok, kerana mungkin esok ialah hari kita. 

Tetapi, janganlah kita terlalu yakin dengan hari esok, kerana esok untuk siapa? Yang pastinya esok masih ada. Selamat tinggal semalam, selamat datang hari esok.

Maksud ayat 11 dalam surah ar-Ra'd, 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum,
sehingga mereka mengubah
nasib mereka sendiri."

Jumaat, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia!!


Gagasan Malaysia lahir pada 16 September 1963 daripada gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura. Pembentukan gagasan ini telah mula disuarakan pada 27 Mei 1961 oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melalui ucapannya dalam Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura.

Selepas cadangan tersebut disuarakan oleh Tunku, pelbagai pihak mula menyuarakan pendapat mereka hinggakan penubuhan Malaysia tersebut menjadi topik perbincangan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Ramai pihak yang menyokong cadangan tersebut khususnya pemimpin-pemimpin rakyat dalam negeri-negeri Singapura, Sarawak dan Sabah yang menganggap cadangan tersebut akan dapat membantu mereka membebaskan diri dari kuasa penjajah Inggeris.

Lanjutan dari cadangan penubuhan gagasan Malaysia ini, Tunku Abdul Rahman telah mengambil tindakan dengan mengadakan rundingan bersama Perdana Menteri British di London. Hasilnya, sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi memastikan rancangan tersebut berjaya dan mendapat persetujuan semua pihak.Suruhanjaya tersebut telah dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan diwakili oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu dan Kerajaan British.

Tujuan utama suruhanjaya tersebut dibentuk adalah untuk menyiasat pendapat dan persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai penubuhan gagasan Malaysia ini. Usaha untuk menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah satu gagasan mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya dari para penduduk di Sabah dan Sarawak sendiri.

Menurut Penyata Tahunan Perhimpunan Agung UMNO 1963/64, pada 23 Ogos 1961, persetujuan telah dicapai di antara kerajaan Singapura dan Tanah Melayu yang meletakkan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dalam lapangan pelajaran dan buruh sahaja dengan persetujuan sebuah jawatankuasa antara Kerajaan Singapura dan Tanah Melayu.

Namun begitu, usaha murni untuk menuju kepada penubuhan sebuah negara baru Malaysia terhalang apabila berlaku pemberontakan yang dilakukan oleh Sheikh Azhari di Brunei pada 8 Disember 1962. Ini diikuti dengan pengisytiharan konfrantasi Indonesia yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno sebagai tentangan terhadap gagasan Malaysia.


Manakala di Manila pula, terdapat tuntutan ke atas Sabah dikembalikan kepada Filipina atas alasan ia adalah milik keturunan Sultan Solo yang telah membuat perjanjian dengan Kerajaan British pada tahun 1878. Perselisihan pendapat dan pertikaian ini telah berlarutan dan semakin meruncing hingga memecahbelahkan keamanan yang ada di Asia Tenggara.

Konfrantasi yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno juga telah berterusan selama tiga tahun hingga mengakibatkan berlaku pertumpahan darah dan memaksa kepada campur tangan tentera. Penubuhan Malaysia menerima tentangan keras dari Indonesia di bawah Presiden slogan “Ganyang Malaysia”. Misalnya dapat dilihat dalam pertempuran di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno di satu Pos Sementara tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah.

Serangan yang berlaku pada waktu maghrib ini telah mengorbankan seramai tujuh orang dan mencederakan 16 orang yang lain. Begitu juga dengan serangan yang berlangsung di Pontian, Labis, Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor. Tentangan ke atas penubuhan Malaysia mengakibatkan pertempuran yang hebat antara tentera kedua-dua negara. Bagi menyelesaikan masalah berikut dan memulihkan keamanan di rantau Asia Tenggara, maka suatu persidangan kemuncak telah diadakan antara ketua-ketua tiga negara yang terlibat dalam pertikaian iaitu Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina.

Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun mendapat tentangan dalam bentuk ketenteraan dari negara lain. Dalam persidangan kemuncak di Manila yang berlangsung pada akhir bulan Julai 1963, tolak ansur telah berlaku antara negara-negara terbabit dan tarikh pengisytiharan negara baru Malaysia akan diumumkan selepas Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu berpuas hati dengan kehendak rakyat dari wilayah Sabah dan Sarawak. Dalam pada itu, Brunei tidak turut sama dalam pembentukan Malaysia kerana gagal mencapai persetujuan mengenai negerinya.

Walaupun pembentukan Malaysia telah mendapat persetujuan PBB, tetapi Indonesia seakan berusaha untuk menggagalkan rancangan tersebut malah sengaja melewatkan ketibaan wakilnya sebagai pemerhati kerja-kerja rombongan PBB ke Sabah dan Sarawak. Akhirnya PBB telah bersetuju mengeluarkan laporannya mengakui 80 peratus dari rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Persektuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman.

Tentangan dari Indonesia tidak habis di situ sahaja sebaliknya melancarkan kembali konfrontasinya dengan menarik kembali Duta Besarnya di Malaysia serta mengugut nyawa rakyat Malaysia yang ada di Indonesia. Filipina turut bertindak keras apabila cuba menurunkan taraf kedutaannya di Malaysia menjadi konsul sahaja. Akibat tindakan tersebut, maka Kerajaan Malaysia terpaksa mengambil tindakan tegas dengan memutuskan hubungan diplomatic dengan Indonesia dan Filipina dua hari selepas kelahiran negara Malaysia dilancarkan.


Konfrantasi ini berlanjutan hingga perjanjian damai dimeterai pada Ogos 1966. Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dan diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963 oleh Tunku Abdul Rahman.

Pengisytiharan Malaysia dilakukan di Stadium Merdeka di hadapan DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sabah dan Sarawak dengan disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia. Kini, setelah 48 tahun Malaysia ditubuhkan, pelbagai kemajuan dapat dilihat dari pelbagai aspek bukan sahaja dalam bidang ekonomi, politik dan sosial malah hubungan antarabangsa dengan negara-negara jiran terbabit juga telah pulih.

Seharusnya, keharmonian dan kesejahteraan yang di kecapi sejak sekian lama wajar dipelihara dan dikekalkan agar dapat terus dikecapi oleh generasi akan datang.



Dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html

Khamis, 8 September 2011

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SEMENTAS

Terima kasih kepada team fb.com/smktamanselayang.(^_^)v

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari Sabtu ni, 10hb September 2011 korang ade ke mana2 tak? jemput rr datang ke SMK Taman Selayang. Ade ape?? Kalau korang nak taw, tahun 2011 ni genap la usia penubuhan sekola kita yg disayangi ni, 25 tahun.

Hepi 25th bufday to seMenTas~!!

Kalau anak dara usia 25 tahun ni dah sesuai sangat berkawin kan? Kalau zaman dulu2, dah ade ade 7,8 org anak dah. huhu.. SEMENTAS dah melahirkan ramai insan2 yang berjaya dalam bidang masing2 sejak mula ditubuhkan pada 1hb Januari 1986. Bangga taw~ Orang kata, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.. Di sekola la tempat kita mengenal kehidupan, belaja pelbagai perkara, bukan saje ilmu pengetahuan tapi macam2 lagi la.. Korang aje yg taw kenangan dan memori silam kan? kui..kui..kui...

Mengenangkan kembali masa silam terutama semasa zaman sekola sudah pasti menerbitkan pelbagai rasa yang sukar digambarkan dengan kata2.. Ade hepi, ade sedih, ade menakutkan (kena kejar dgn Cikgu disiplin la tu kot? haha..) ade yg masin, pendek kata macam2 lagi la.. Termasuk rahsia2 yg hanya kita saje yg taw. Tapi semua memori itulah yg menjadikan kita seorang mamalia eh, silap.. seorang MANUSIA seperti mana kita skang.. Memori itu jugalah yg akan terus kekal selagi kita bernafas, selagi hayat dikandung badan. Tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan... (sila carik sendirik maksudnya yer?)

25 tahun itu bukan masa yang lame ekceli, pejam celik pejam celik dah 25 tahun. Mcm korg la, 25 tahun dulu si ibu menahan sakit melahirkan dan bapa pula menanti dengan penuh debar di luar wad @ bilik.. uweerkkk saje, terus melimpah air mata ibu manakala bapa pula mengucap syukur di atas kelahiran insan bernama ANAK. Maka si anak itu dipelihara, dibelai, dimanja, diberi kasih sayang, pelajaran dan tunjuk ajar.... sehinggalah dya dewasa.. sehingga mencapai usia 25 tahun.  *lap air mata jap sebab teringat umi dan abah. 

So pihak sekolah dengan rasa rendah aty menjemput seluruh warga SEMENTAS, tak kira la bekas2 guru, bekas2 staf, bekas2 pak guard, bekas2 pelajar semua yg pernah bergelar keluarga SEMENTAS dari dulu hingga skang.. Kita ade mcm2 xtvt.. jualan, pameran, persembahan & yg paling penting skali, JOGATHON. Ala.. yg larik2 tu la.. Di samping dpt menyihatkan badan, dapat gak berjumpa beramah mesra bersuai kenal antara 1 sama lain kan...
Atuk ni masih mampu berlari.. Korang x rase tercabar keww??!

Jap2.. JUBLI tu ape ek?? (tanya Mughni di dalam aty beliau) Mesti raaamai yg x taw ape maksud jubli.. Menurut Kamus Dewan edisi ke3, jubli tu ertinya.... perayaan utk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan diraja, dan lain2); jubli perak (emas,intan) perayaan memperingati ulang tahun ke25 (ke50 dipanggil jubli intan. haaa.. faham murid2?

Marilah kita sama2 hadir memeriahkan SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SMK TAMAN SELAYANG yg kita cintai, sayangi, rindu, kasihi inni...

  • Tarikh    : 10hb September 2011 (SABTU)
  • Masa     : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
  • Tempat  : SMK Taman Selayang
  • Parking  : SMK Seri Selayang (Kereta) /
  • Parking  : Hadapan bengkel KH SMKTS (Motorsikal)
  • Pakaian  : Sopan plss.... (jangan terdedah terbonjol2 segala)

Bukan senang nak merasa uolss.. Kalau nak tunggu Jubli Emas 50 Tahun SEMENTAS, ntah bila pulak kan.. Mase tu masing2 dah tak de kat dunia ni.. Inna lillahi wa inna ilaihi roojiunn..


(Penggunaan bahasa-bahasa pasar yang di dalam post kali ini tidak sesuai digunakan untuk urusan rasmi. Harap maklum)

Rabu, 7 September 2011

Bengkel Pembinaan Blog dan Facebook Bimbingan dan Kaunseling

Pada 7hb September 2011 telah diadakan Bengkel Pembinaan Blog dan Facebook bertempat di Kolej YPC-iTWEB yang dihadiri oleh seramai 70 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Gombak. Bengkel ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Gombak bermula dari jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang. 

Kolej YPC-iTWEB yang terletak di Taman Maluri, Cheras.

En. Lutfi dan Pn. Azrinda. 

Pn Faridah Nisah bersama Pn Azrinda.

Rakan-rakan GBK membuat menggunakan kemudahan komputer yang disediakan, 

 Tekun mendengar penerangan.

En. Tizamudin, GBK dari SMK Bukit Indah memberi penerangan tentang Facebook. 

Perbincangan.

Makan tengah hari.

Berkumpul di dalam dewan kuliah.

 Ucapan alua-aluan dan terima kasih dari En. Abd Aziz.

Penyampaian goody bag dari wakil kolej kepada GBK.

Slot kedua, pembinaan blog.


Semoga ilmu yg diperolehi dapat dimanfaatkan oleh para GBK untuk kebaikan bersama demi memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Selasa, 6 September 2011

Informasi Bimbingan dan Kaunseling

Untuk makluman semua warga SEMENTAS, bermula pada 1hb September 2011, Guru Bimbingan dan Kaunseling sesi petang, Puan Salehah binti Mohamood telah pun  bersara. 
(Puan Salehah)

Oleh itu, tempat beliau di sesi petang akan digantikan oleh Puan Azrinda binti Othman yang sebelum ini bertugas di sesi pagi. Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih  di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Taman Selayang bermula pada 1hb Januari 2007 dan di sekolah ini 1hb Februari 2000. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
(Puan Azrinda)

Maka Guru Bimbingan dan Kaunseling sesi pagi kembali berdua, Puan Faridah Nisah binti Chekku dan Encik Muhamad Lutfi bin Zainal Abidin.
(Puan Faridah Nisah & Encik Lutfi)

Pada 4hb September 2011 yang lepas bersamaan 6 Syawal 1432 Hijriah, Puan Noraini binti Omar, Guru Bimbingan dan Kaunseling sesi petang pula telah selamat melahirkan cahaya mata keempat, seorang bayi perempuan pada jam 11.50 pagi. Kedua ibu dan anak dimaklumkan sihat, alhamdulillah.
(Puan Noraini)

Tahniah diucapkan kepada Puan Noraini dan Encik Zuraidi. Semoga kehadiran ahlil keluarga baru ini terus memeriahkan Syawal pada kali ini. Semoga terus produktif dalam meramaikan umat Nabi Muhammad (SAW) sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam mensasar jumlah rakyat Malaysia seramai 27juta orang. Hehe..
wow~

p/s Teruskan usaha anda dalam memberi sokongan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SEMENTAS yer.. 

Penggal baru..


Setelah bercuti selama lebih seminggu, penggal persekolahan kini bermula kembali. Masih di dalam bulan Syawal yang mulia, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua warga sekolah dan pembaca yang mulia.

Namun begitu, abang dan kakak tingkatan 5 pasti ramai yang mengeluh kerana bermula hari ini sehingga 28hb September ini, mereka akan menduduki peperiksaan percubaan SPM.. Aduh... mulut mengunyah ketupat, lemang serta batang buruk tapi hati bergelodak sebab hadirnya peperiksaan ini. hehe.. Adatlah tu ye, senario ini berlaku di mana-mana sahaja. Malahan jika di luar negara, ada juga mahasiswa yang berjuang dalam peperiksaan semester di pagi Syawal. Apakan daya, perjuangan mengejar segulung ijazah perlu diutamakan, lagipun raya datang setiap tahun kan..

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan kepada pelajar tingkatan 5 SMK Taman Selayang serta di sekolah-sekolah lain. Walaupun hanya percubaan, peperiksaan inilah yang menjadi titik tolak kepada yang sebenar nanti. Segala kelemahan dan kekurangan hasil dari percubaan, dapatlah ditampung dan diupgred kata orang zaman siber ni semasa SPM nanti. 



Pada pagi ini, warga Sementas dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pelajar tingkatan 3 Maju, Kiran Bibi binti Mohd Ali yang telah meninggal dunia kerana dikatakan menghidap penyakit talasemia sehingga memberi kesan kepada kegagalan fungsi jantung. 

Apa itu Talasemia? Talasemia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang melibatkan sel-sel darah merah dan dibawa secara genetik atau bersifat keturunan/diwarisi. Khususnya, penyakit talasemia ini membabitkan hemoglobin yakni komponen sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen. Penyakit ini melibatkan bahagian globin (sama ada protein alfa atau beta) dari molekul hemoglobin tersebut. Jikalau badan kita tidak dapat menghasilkan dengan secukupnya salah satu daripada protein alfa atau beta, sel-sel darah merah kita tidak dapat berfungsi dengan betul lalu mengakibatkannya tidak berkemampuan untuk membawa oksigen yang secukupnya.

Pelajar 5 Satria, Lukman juga telah kehilangan ayahanda tercinta pada semalam (5hb September 2011) kerana lelah dan sakit tua. Marilah kita sama-sama mensedekahkan surah al-Fatiah kepada mereka berdua dan seluruh umat Islam yang telah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah.



(gambar hiasan)

Benarlah bahawa janji Allah tentang kematian itu pasti seperti termaktub di dalam kitab sucinya, surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud, Setiap yang hidup pasti merasai mati.
Unit Bimbingan dan Kaunseling Sementas mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga kedua-dua Allahyarham dan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh dan solehah. Amin.